Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

25/2/2011

semalam(24.2.2011,khamis) aku dah pasang lock pintu ntok kelas. tapi, bile aku datang sekolah jew pagi tadi. aku tengok lock tu da bengkok 180 darjah. gile gampang la dak nie. nasib baik la aku baru pasang yang depan. entah sapew la yang bengkokan lock tu.

petang tu aku bersame wan tee pegi sekolah. sebab nak pasang lock yang kat belakang pulak. separoh mati la aku ngan wan nak pasang screw tu. kalau ade drill tu tak pe la jugak. nasib baik la ada wan. ringan sikit beban aku. walaupon die bukan kelas aku. kalau nak mintak tolong bebudak kelas aku. memang haram la.

thanks wan

CHOW

Thursday, February 24, 2011

snap at school


hari ni airol bawak camere (kepunyaan aqilah). aku nie da la pantang dengan camere nie. asal nampak camere jew. mle la nak snap2. snap sane, snap sini, snap sane sini (diubah dari lagu senyum). banyak la jugak aku snap pic. maksodnye,  pic aku yang la yang sikit sebab aku yang banyak snap pic. pic airol je banyak. huh. hampeh tol.




CHOW

Wednesday, February 23, 2011

EXPERIMENT LAGI!!!

hari ni wat experiment chemistry lak. dengan bertujuan untok mengira berat magnesium oxide. mase wat experiment tu ok jew. aku pulak tunjok terer la dengan menyalakan semua penunu bunsen. ceyh. kumpulan aku ok jew. TAPI, lepas aku tunjok terer. airol pulak nak tunjok lagak die. nak diceritakan, mase aku and the gang sedang rancak berbual/berborak/bergosip, yang si airol nie pegi la merayap. mase die tengah jln2 tu, ade la bebudak girl nie soh si airol nie padamkan api penunu bunsen yang dah memang sebesar alam apinye.

dengan menggunakan kebijaksanaan si airol nie sendiri, die telah memusingkan kawalan api ke sebelah kiri. disebabkan tindakan tu, api yang sememangnye besooo tu telah menjadi besooo gileerr larh. hahaha. (sepatotnye pusing kanan la wak, bukan kiri.) lepas tu, tengah cuak-cuak sebab api da besa sangat. and die pown tak tau nak buat ape. dengan tibe-tibe die terdengar suara dari belakang yang menyuruh die untuk meniup api tu. (sore setan kew??? ayooo.)

da la api tuh besar, kalau api da besar, mesti la banyak gas yang keluar. yang die pegi tiop tu wat pew? die ingat nie hari jadik die kew ape nak maen tiop-tiop. haha. naseb baek pembantu makmal datang menyelamatkan kami. kalau tak, meletop jugak makmal tu nanty. tapi, yang best nye, airol nie kene marah dengan cikgu chemist kitorang. haha. padan muke kau. best tak kene marah? da kene marah nak buat muke toye lak. isy3. airol2. da la kene marah, nak maki2 cikgu pulak. tapi kat blog la. berani pulak die maki depan2. tak nye kene penampor due rase nanty?

CHOW

Sunday, February 20, 2011

maulud nabi

malam tadi aku ikot ayah aku pegi surau. sebab ade majlis maulidur rasul kat sane. sesampai je aku kat sane, semua penghuni surau tengah solat maghrib. nasib baek la baru rakaat ke-2. tak la jaoh sangat nak masbuk nanti. da lepas solat, aku nampak ahmad. naseb baek die ade. ade la jugak aku membe kat sane.

lepas solat maghrib tu, semua jemaah diberikan makan malam. tanpa berlengah lagi, aku ngan ahmad pown pegi la makan. makanan free, sapew yang tak nak oi. semua makanan sedap2 pulak tu. huhu. sambil kitorang makan, kitorang jugak diperdengarkan dengan ayat2 suci al-quran and tafsirannya oleh orang surau. da lepas makan. aku ngan ahmad borak2 la pasal sekolah sementare nak tggu azan isya' berkumandang. tapi, yang aku peliknye, ahmad kate dy da kenyang, tapi asyik makan kuih jew. abis satu, amik lagi satu. tak tau la perot ape dy tu.

lepas azan isya' and iqamat dilaungkan. solat la. ape lagi. lepas solat isya', time nie la penceramah dari mnew ntah berceramah tentang nabi. best jugak die nie berceramah. lawak pown ade. lame la jugak die ceramah kat depan tu. sepatotnye ikot jadual, die habis pukl 10:10 malam. tepat jangkaan aku, die habiskan ceramah die pukol 10:30 malam. ngantok la jugak aku dengar. isy, godaan syaitan betol.

da lepas sume tu. aku tolong la kemas sikit2 surau tu. sampai rumah dalam pukol 11 la. sampai rumah, aku online jap. lepas tu teros tido. ZZZZZzzzzzzzz.....

CHOW

Saturday, February 19, 2011

EKSPERIMEN

hari ni hari sabtu. sepatotnye aku kat rumah untuk online sepanjang mase. tapi, sekolah suroh aku datang sane. ape boley buat, terpakse la aku ke sekolah untuk memenuhkan kehadiran aku. kami semua belajar seperti biasa dengan menggunakan jadual hari selasa.

mase hari khamis ari tu, cikgu biology aku ade cakap nak buat eksperimen untok isotonic. sebenarnye aku x tau sangat ape tu isotonic, yang aku tau cume hypotonic ngan hypertonic jew. huhu. mase aku buat eksperimen tu, aku satu team dengan airol, apis, fieza, yana and pia. kitorang satu team tu sume ade kerjaya masing-masing. huhu. aku jadik profesor and chef. airol jadik wartawan. apis jadik pengire berat. fieza jadik penampal penande bikar. pia jadik penulis. yana jadik penonton. haha. yana jadik penonton sebab da siap nak masukkan material barula die muncul. kesian3.

untuk eksperimen, kitorang sume diberikan 6 bikar untuk setiap team. setiap bikar perlu diisi dengan sucrose solution. lepas tu kitorang kene letak fresh kentang yang sudah diukur panjang nye. after that, tunggu selame 30 minit. lame wo nak tunggu. dalam mase nak tunggu tu. kitorang nak kene isi borang ape ntah.(skip) da 30 minit menunggu, sampai la masenye untuk ukur balik panjang the fresh kentang tu. ah. memang betol-betol gile kentang r. panjang kentang tu same jew. so, cikgu cakap la sapew yang kentangnye tak ade perubahan. tinggalkan kat makmal. nanti hari selase sambong balik. isy3. so, report buat mase ini ialah EKSPERIMEN DITANGGUHKAN DAN AKAN BERSAMBUNG PADA 22 OGOS 2011.

p/s : aku da tulis care nak buat eksperimen tu. apelagi, buat la kat rumah.

CHOW

Monday, February 14, 2011

hias kelas

Isnin adalah hari ni. due cikgu aku tak masok kelas. sowang takde suare, sorang lagi jage bini. memang seronok la aku kat kelas. da la cikgu takde. pastu, belaja pown due subjek jew, math ngan add math. 

aku ngan mem2 aku pown abik la kesempatan mase yang ade untok menghias kelas kitorang yang dah sedia ada cantik. haha. belagak la pulak. walaupon empat mase cikgu tak ajar, tapi aku balik lambat jugak, ye la, namenye pown 'hias kelas'. mesti la lame sikit. aku balik pukol 2. tapi ade yang balik awal and ade yang balik lambat. 

kalau da siap hias kelas. tak saba pulak nak dengar pengumuman '4ST adalah kelas terceria'. hahax.

CHOW

Sunday, February 13, 2011

weekend

hari ni aku bangon lewat sikit sebab penat lari semalam. aku bangun jew teros rase sakit2 kat badan aku. ah, bia jer la. dengan mata yang masih lagi kuyu, aku bangun dari katil due tingkat and  teros menuju ke bilik mandi lalu mandi, pastu sarapan. da lepas semua tu, macam biase r, online.

dalam kesibokkan aku online, tetibe ayah aku ajak aku kemas anjung. nak xnak kena la jugak tolong. huhu. lame la jugak aku kemas anjung depan tu. start pukol 12 tgh hari, siap pukol 9 malam. haha. aku kemas lame sangat sebab berselang-selang online, makan, minom, sembahyang, mandi and macam2 la. tu yang lambat siap kemas.

da siap sume tu, aku buat pulak homework sambil menonton television. huhu. tengok mentor 4. best la jugak ctew tu. tapi, homework aku siap lambat la. dalam pukol 12.30 baru la siap. ye la. buat keje sambil tengok tv.isy3.

tu je la yang aku buat kowt mase weekend 13/2/2011.

CHOW

Saturday, February 12, 2011

larian perdana mahkota & merentas desa

fuhh... lari mse merentas desa tadi boleh tahan penatnye. tapi, dalam sejarah hidup aku. aku dapat nombor dalam merentas desa kali nie. nombor aku nie banyak la jugak. setakat nombor 20 jew. huhu. asalkan aku dapat menyumbang 3 markah untuk rumah waja/biru. walaupun susah untuk mendapatkan nye. tapi tak pe, asalkan aku dapat nombor. korang dapat kew?? takde kan. haha. tapi, apekan daya. rumah waja cume dapat tempat ke-2 jew. ape boley buat. sabar je la~~~ (^_^)

CHOW