Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 4, 2013

4 DISEMBER

Tarikh,
kita bertemu lagi.
Moga kita akan kekal bertemu hingga ke akhir hayat.

Tarikh,
kau penuh bermakna buat ku,
angka mu
membuat ku ternanti-nanti.

Tarikh,
hati ku sungguh gembira
pabila kau muncul semula.

Aku tidak mahu apa pun memisahkan kita,
sehingga selamanya..

You make me smile,
You make me happy,
You make me appreciated,
You teach me everything,

You are mine :D

Thursday, November 21, 2013

rindu :'(

Sejurus selepas solat Isya' bersendirian di bilik, aku bergegas ke meja belajar lalu mencapai telefon bimbit ku untuk menelefon mama dan ayahku yang memang sudah di dalam niatku sebelum Maghrib lagi. Aku pergi keluar bilik bagi mencari tempat yang jauh dari pandangan orang ramai. Lalu aku mencapai keputusan untuk duduk di kaki tangga, tidak jauh dari bilikku, yang merupakan tangga yang kurang pelajar menggunakannya untuk naik turun banggunan.

Selepas duduk, dengan pantas aku menekan punat-punat di telefon bimbit untuk mendail mama. Perasaan rinduku terhadap mama sudah meluap-luap dari sebelum Maghrib tadi. Sejurus selepas ibuku mengangkat panggilan telefon ku. Aku menyatakan bahawa aku rindu kepadanya. Dan sewaktu itu lah air mata seorang anak laki-laki mengalir ke pipi kerana terlalu rindukan mamanya. Tetapi aku tidak menyatakan yang aku menangis. Aku hanya menyatakan berulang kali bahawa aku sangat merinduinya.

Mengapa?

Mengapa mataku mengeluarkan air mata tanpa disuruh? Mengapa aku menangis? Mengapa? Adakah sudah terlalu lama tidak mendengar suara mama? Adakah kerana terlalu jauh dengan mama? Atau, mungkin sebab aku terasa sunyi berada di sini. Mungkin. Aku seperti tiada teman di sini. Terasa seperti disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Sahabat yang dahulunya sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. Yang sentiasa pergi kemana-mana bersama. Yang selalu keluar makan bersama. Akhirnya tinggalkan aku bersendirian terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Semua yang aku lakukan, serba tidak kena. Ada saja yang akan dicantas olehnya jika aku membuka mulut. Adakah itu pengakhiran hubungan persahabatan kami?

Sahabat, rakan, teman, kawan. Aku boleh hidup sendirian tanpa mereka semua. Tapi, aku hanya perlukan SEORANG. Seorang yang boleh membimbingku ke arah kebaikan. Yang boleh mengajarku apa itu erti kerajinan. Yang boleh selalu memberiku semangat untuk terus meneruskan hidup di kawasan yang penuh dengan pelita (pensyarah).

Aku mahu kau.

Aku mahu kau. Aku mahu kau untuk menemani sepanjang hidupku hingga ke akhir hayat. Tolong, jangan tinggalkan aku sendirian. Hidupku bertambah gelap tanpamu. Sudah tiga tahun aku diterangi oleh cahayamu. Yang telah banyak mengajarku erti kehidupan. Aku tidak sanggup untuk kehilanganmu. Walaupun kita jauh berbatu, tetapi kau tetap berada di hati ku. Tempat yang selaluku jaga baik.

Kau lah tempatku mengadu. Mengadu hal belajar ku. Mengadu hal sahabat ku. Mengadu hal kemalasan ku. Dan kau lah penawar segala dukaku. Kata-kata yang kau berikan kepadaku, cukup memberikan ku semangat untuk terus meneruskan hidup walaupun sendirian di menara gading ini. Kerana aku rasa seperti kau sentiasa berada disisi ku.

Sepanjang masa.
Setiap tempat.
Aku teringat kamu.
Aku merindui kamu.

Saturday, June 15, 2013

New Life at Perak

Assalamu'alaikum...

Tanggal 9 Jun 2013, aku telah bergelar pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET). kat sini aku amik course Diploma of Engineering Technology in Marine Electrical and Electronic (DMEE). waw. elektrik kau. mesti korang pikir macam-macam eak, ape yang aku belajar kat sini. marin bagai. haha. aku kat sini belajar same je macam IPT-IPT terkemuka Malaysia yang lain-lain tu. cuma lebih fokus kepada kapal la. wayar-wayar kapal. haha. amekaw. main dengan wayar je aku lepas ni. disebabkan course ni lebih sesuai bagi kaum adam. kaum hawa kat sini memang ciput gile. nisbah nye pown satu nisbah sepuluh (1:10). kaum hawa kat sini lebih kurang 45 orang kot. kot la. tataw la berapa jumlah sebenar. untuk batch kitorang nie dah lebih 400 orang. kalau kaum hawa cuma 45 orang je. tak nye berebut kaum-kaum adam kat UniKL nie mencari pasangan hidup. haha.

Kat sini everything okayh. cume bile dapat tau ade course Diploma of Engineering Technology in Marine Engineering (DME). jeles pulak aku tak dapat amik course tu. sebab course tu lagi best kowt. belajo pasal satu kapal. start dari badan kapal sampai la ke kipas kapal tu. syok woo. kat sini ade empat course je untuk diploma nie. belajo selama 3 tahun (6 sem). habis tahun 2016 nanti. dah berjanggut baru habis nanti. huhu. lepastu nak sambung degree pulak, lepastu master. then PhD. tak pun kawin. (jaoh pikir..haha) yang penting. aku nak dapatkan 'title' IR Muhammad Shaiful Bahri. hehe. baru la syiok. heee. ni course untuk diploma yang ditawarkan oleh UniKL MIMET :-

  • Diploma of Engineering Technology in Ship Design (DSD)
  • Diploma of Engineering Technology in Ship Construction & Maintenance (DSC)
  • Diploma of Engineering Technology in Marine Engineering (DME)
  • Diploma of Engineering Technology in Marine Electrical & Electronic (DMEE)
so, target aku kat sini nak dapatkan pointer CGPA>3.50 . kalau dapat, tak payah la aku bayar balik duit loan MARA yang beribu tu. huhu. ayah aku pulak suroh target pointer CGPA>3.70 . sebab, ayah aku cakap. kalau dapat melepasi sasaran tu, MARA akan hantar aku ke LUAR NEGARA beb. haha. harap-harap la aku dapat ea. AAMIIN.

ok. dah puas aku story-mory pasal UniKL MIMET nie. aku cerita life sepanjang seminggu kat sini pulak. haa. waktu registration day tu. bapak lame aku tunggu giliran nak daftar. aku datang pukol 11 pagi. pergi sane. amik borang, tengok nombor, 170. tengah syok-syok layan angin laot (kampus dekat ngan laot la katekan) abang tu panggil la . "nombor 70 ke bawah". amboi. lagi seratus orang seyh aku kene tunggu. sabor je la. dari pukol 11 pagi sampai la pukol 1.30 tgh hari aku dok kat tangge. naik kejang punggung ku duduk di tangge batu. haha.

then, dah siap daftar semua. pergi check-in hotel pulak. eah, HOTEL pulak. hostel la. huhu. tengok-tengok nombor bilik. THIRD FLOOR xxxxxx. amboi. 3rd floor kau. memang kuat la kaki aku lepas nie. haha. satu bilik 4 orang, tapi bilik ni die bahagi due. so, satu bahagian tu ade due orang. partner aku nie asal dari Kedah. couple jiran sebelah pulak dari Kelantan and Selangor. haa, lepas nie boleh la belajar cakap utara. huhu. layan~~

oit2. ngantok dah ke? bangon-bangon. g basuh muka sat. huhu. la ni nak cerita pasal minggu Induksi or minggu Silaturrahim or kebanyakkan IPT memanggilnya minggu Orientasi. walaupun hanya 3 hari je mggu Induksi ni berlaku. giler kentang punye penat senior-senior kitorang bagi. baru la aku tau kenape budak IPT laen tak suke dengan minggu orientasi nie. sebab penat kene buli dengan senior. diorang punye moto senang je. 'kitorang betol, kitorang betol. kitorang salah, kitorang tetap betol. korang salah, korang salah. korang betol, korang tetap salah' . cantek je eak moto diorang tu. haha. malam pertame diorang mulakan aktiviti membuli kitorang dengan melepaskan kitorang masuk bilik tidur kol 1 pagi. lepastu suruh bangun pukol 4. pergh. perit woo.. tido 3 jam je. memang mase kat dalam dewan aku terangguk-angguk je la. haha. memang mase taklimat aku macam tak tau pape. blur je. macam tak de ape2 berlaku. syok sangat tidor. haha. :p kat sini. selain bergelar UniKL MIMET, ade name lain tau. namenye UniKL LALAT. haha. cantek je bagi name. ape la budak-budak nie. nie semua angkara lalat yang beratus la yang telah menginap kat UniKL nie. nak makan pown dikelilingi lalat je. huhu. senior-senior cerite. lalat banyak ni sebab dekat ngan laut satu. sebab banyak ikan kan. lagi satu, sebab ade kilang udang. eh, kolam udang kot. huhu. yang kolam udang ni lagi la. betol-betol sebelah hostel kitorang. dihurungi lalat la kitorang. hampeh betol.

aku kat sini belom start belajar pon. hari Isnin nanti baru start blajar. belajo sikit je. sebab ni pon short sem. 3 bulan je. korang doakan aku ea supaya aku mudah menerima semua ilmu di sini. :D AAMIIN

BELAJARLAH NIAT KERANA ALLAH 

setakat ni tu je lah. aku pon takde idea dah nak mengarang ni. petang tadi ye la, macam-macam ilham datang. haha. sekarang. dalam otak cume tidor je. lagipown. banyak dah kan aku bebel. xpe, lain kali aku sambong bebel lagi ea. CHOW CIN COW

Wasalam... :D

Tuesday, June 4, 2013

minggu terakhir T_T

Assalamu'alaikum...

seperti yang sudah tertera/terpampang/termaktub.tersiar di tajuk atas tu, minggu ini adalah minggu last aku bergelar orang Kluang atau orang Johor. sebab lepas ni aku dah jadi orang Perak. sebab aku dah nak fly ke Perak untuk menuntut. hehe. menuntut? waw.. boom ayat kau. doakan la aku supaya aku boleh belajar  kat sane. course nye pon agak memberansangkan. fuhh. gelabah pulak tetibe ni. hehe. aku pon dapat tahu bende alah ni last2 minit. amekaw. gelabah aku nak setelkan semua urusan keluar kem. lepastu, nak lepak2 dengan membe kem lagi. maklumlah, minggu last kan. pape pon, aku dapat conduct aku punye team ke tangga teratas. hehe. the best lah :)

hurm. kawan-kawan aku yang lain pon ramai dah takde kat Kluang ni, atau takde dah kat rumah kediaman mereka-mereka semua. huhu. mereka-mereka semua telah pergi melanjutkan pelajaran di tempat orang katenye. banyaknye dapat kat belah utara-utara sana. PAHANG, PERAK, TERENGGANU, PERLIS, KELANTAN, PENANG. nasib baik la tak fly ke Thailand eak. huhu. 

TAHNIAH la kepada rakan-rakan seperjuangan aku yang berjaya mendapat tempat di pengajian tinggi, tak kisah la kat universiti ka, kat kolej ka, kat matrik ka, or form 6. asalkan dapat belajar eak. kita dah cuba sebaik yang boleh ketika SPM dulu, cuma mungkin usaha kita kurang, so, kite punya 'A' pon kurang la kan. itu semua kehendak Allah yang akan memberi rezeki kepada hamba-Nya mengikut usaha hamba-Nya sendiri. banyak usaha, banyak lah dapat. kan kan kan??

'IF WE ARE ON TIME, WE ARE LATE.
IF WE ARE EARLY, WE ARE ON TIME'
(TKL)

ha, lagi satu. aku cukup berbangga la dengan kawan aku sorang ni. walaupun hanya kenal 3 hari di Perkampungan Penulis Muda. aku tabik spring la kat die sebab dia dapat tawaran study di MESIR. waw. terkejut jugak la aku. ade jugak kawan aku yang belajar kat Mesir. ALHAMDULILLAH :D aku doakan kau semoga kau berjaya apa yang kau impikan. DOKTOR right? Doktor Muslimah katenye. AAMIIN..... nama dia Nadiatul Aqilah, first time jumpe memang nampak macam ustazah dah. aku suke tengok die, sebab die pakai tudung labuh. aku memang suke tengok gadis-gadis pakai tudung labuh-labuh ni. rase tenang je hati. huhu. BTW, GOOD LUCK SIS :D DO THE BEST KEYH :D

'Dalam hidup ni, kita perlu jaga dua benda ini.
Jika gagal untuk menjaga kedua-dua benda ini, sukarlah untuk kita meneruskan liku-liku kehidupan.
Kedua-dua benda tersebut adalah SOLAT dan MASA'
(TKL)

for the last, to all my friends. aku harap kite dapat jumpe lagi di masa yang lain. harap-harap lah dapat jumpa korang semua balik eak. lame dah tak jumpe korang nie. sebab lepas ni mesti susah nak jumpa korang semua. korang pon belajar jaoh-jaoh. aku pon duduk jaoh same. isy3. aku pon dulu lepas SPM busy memanjang. dok kolej 3 bulan, dok kem sebulan lebih. keluar-keluar je, dua minggu dah kene setelkan borang untuk menuntut nanti. huhu. so, tak banyak la mase yang aku boleh luangkan masa dengan korang-korang semua. so, GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS 

::LIFE IS SHORT, SMILE WHILE YOU HAVE TEETH::

Thursday, May 30, 2013

PINGGIRAN PELANGI KENANGAN KAMI

PLKN
mudah dilafaz
tetapi sukar diungkapkan
di sinilah kami belajar kerjasama
di sinilah kami belajar kepimpinan
di sinilah kami belajar ketepatan masa

Penginapan di rimba bagaikan berkhemah
nyanyian merdu unggas kedengaran sayu tiap hari
beruk dan biawak peliharaan kami
walaupun jarang kami bersua

Sebelum fajar memanjat langit
kami bangkit dari lena
pemesar suara menjerit
bangun, bangun, bangun
gegas kami mempersiapkan diri
menghadap Ilahi

Terus ke padang kawad menjalani PT pagi
walaupun mata masih berat
terngiang-ngiang akan tilam dan bantal
kami tetap hadir
menjalankan tanggungjawab
walaupun terpaksa

Lompat bintang, tekan tubi, ketuk ketampi
sarapan harian kami
mencangkung dan jalan itik
pemanis mulut kami

Tiap hari, tiap masa
berbaris santapan kami
lambat seminit
hentak kaki empat penjuru alam kata Misuari

Di bawah pancaran mentari kami berkawad
menggelap kulit hobi kami
walau langkah tidak keruan
Cikgu Abu tetap menjadi jenaka

Seronok sangat sewaktu beriadah
kami bersepakat berlari-lari anak
mengejar Yamaha cup Cikgu Safar
demi mendapatkan sebatang ais krim
sementara menanti sebotol 100 plus
dari raga motor Cikgu Lan

Malam pula
kami sama-sama ke surau (bagi yang muslim)
maghrib dan isya' berjemaah
diselangi kuliah bagi santapan rohani
ada antara kami yang terlalu fokus
hingga ternganga mulut melayan lena
di sisi ustaz yang khusyuk melontar kata

Kadang kala kita bersedih
kadang kala kita berduka
tetapi itu semua manis dalam persahabatan
walaupun mulut tidak berbicara
namun mata telah bercerita
apa yang tersirat dalam hati

Hari ini
perginya seorang kawan
bukan kerana duka
perginya seorang rakan
bukan kerana lara
perginya seorang sahabat
bukan kerana hampa
tetapi
perginya seorag teman
kerana mengejar cita

Mungkin
inilah kali terakhir
pertemuan antara kita
pilu hati ini ingin melangkah pergi
meninggalkan sahabat baru
yang sentiasa di sisi
sepanjang berada di Pinggiran Pelangi

Sungguh
perpisahan itu perit
tak sanggup rasanya
menguraikan dakapan erat seorang teman
melepaskan genggaman tangan seorang sahabat
tak akan pernah aku lupakan
setiap detik suka duka kita
tak akan pernah aku hilangkan
kenangan indah yang kita cipta bersama

Berjanjilah wahai sahabat
jangan pernah kau cuba
memadam memori ini
jangan pernah kau cuba
membakar himpunan kisah kita
dan jangan pernah kau cuba
menokhtahkan persahabatan sampai di sini saja

Wahai warga Pinggiran Pelangi
sepuluh jari disusun rapi
memohon ehsan simpati
memaafkan kesilapan diri
andai tersilap kata
terluka hati
terumpat mulut
tersinggul bahu
terpukul badan

Terima kasih teman
kerana tetap di sisi
menyokong langkah longlaiku ini

Terima kasih cikgu
kerana tetap teguh berdiri
memberi tunjuk ajar
menegur kesilapan kami
mencangkungkan kami
demi memperbaiki kesilapan lalu

Terima kasih Sarjan
kerana menjaga kebajikan kami
sakit pening kami
demam pura-pura kami
terkehel seliuh tipu kami
demi mendapatkan tagging
dan merasa tidur berpenghawa dingin

Terima kasih Komandan
terima kasih TKL
terima kasih TKP
terima kasih staf pengurusan
kerana tetap setia di sini
melayani kerenah kami
selama kami berada Pinggiran Pelangi

Maafkanlah aku wahai teman
aku terpaksa pergi dulu
demi mencari pelita hidup

Wahai teman
inilah takdir kita
terimalah
sampai di sini sahaja pertemuan kita
perkenalan selama dua bulan
kita telah hidup bersama
baris bersama
cangkung bersama
PT 10 bersama
solat bersama
makan bersama
tidur bersama
guling bersama
semuanya telah kita lalui besama

Selamat tinggal
selamat tinggal warga Pinggiran Pelangi
moga kita bertemu lagi
di suatu masa nanti
selamat tinggal.

karya bersama Muhammad Shaiful Bahri dan Siti Sabariah
-22 MEI 2013-

Friday, March 15, 2013

Sejarah Terciptanya Rokok Menurut Islam


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : 
“Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.

Allah berfirman : Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

Dipetik dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12

Jom 'Follow' sunnah Nabi

Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku"

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.

Assalamu'alaikum...

Lima perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan. Al-Quran ada mengajar kita cara menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut :

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi : "Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan, InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Cara senang untuk dapat pahala walaupun selepas mati :

1) Pasang kipas di surau/masjid walaupun satu. Setiap kali orang guna, anda akan dapat pahala walaupun selepas mati.
2) Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda dapat pahala.
3) Beri baju kepada orang. Setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
4) Beri makanan kepada orang. Anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
5) Menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Selagi mereka mengamalkan ilmu tersebut, pahala anda tetap milik anda.
6) Kongsi mesej ini kepada orang ramai. Walaupun seorang tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah yang penting ialah keikhlasan kerana Allah semata-mata.

7 kalimat yg harus di biasakan :

1. Bismillahirrahmannirrahim - Ketika hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah - Selepas selesai melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah - Jika melakukan sesuatu yang buruk.
4. InsyaAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.
5. Laa hawla walaaquwwata illaah billaah - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.
6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun - Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
7. Lailaha illallah - Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Anda sebarkanlah kepada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang menyampaikan satu ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala"

Aaamiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat

CHOW