Tanggal 9 Jun 2013, aku telah bergelar pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET). kat sini aku amik course Diploma of Engineering Technology in Marine Electrical and Electronic (DMEE). waw. elektrik kau. mesti korang pikir macam-macam eak, ape yang aku belajar kat sini. marin bagai. haha. aku kat sini belajar same je macam IPT-IPT terkemuka Malaysia yang lain-lain tu. cuma lebih fokus kepada kapal la. wayar-wayar kapal. haha. amekaw. main dengan wayar je aku lepas ni. disebabkan course ni lebih sesuai bagi kaum adam. kaum hawa kat sini memang ciput gile. nisbah nye pown satu nisbah sepuluh (1:10). kaum hawa kat sini lebih kurang 45 orang kot. kot la. tataw la berapa jumlah sebenar. untuk batch kitorang nie dah lebih 400 orang. kalau kaum hawa cuma 45 orang je. tak nye berebut kaum-kaum adam kat UniKL nie mencari pasangan hidup. haha.
Kat sini everything okayh. cume bile dapat tau ade course Diploma of Engineering Technology in Marine Engineering (DME). jeles pulak aku tak dapat amik course tu. sebab course tu lagi best kowt. belajo pasal satu kapal. start dari badan kapal sampai la ke kipas kapal tu. syok woo. kat sini ade empat course je untuk diploma nie. belajo selama 3 tahun (6 sem). habis tahun 2016 nanti. dah berjanggut baru habis nanti. huhu. lepastu nak sambung degree pulak, lepastu master. then PhD. tak pun kawin. (jaoh pikir..haha) yang penting. aku nak dapatkan 'title' IR Muhammad Shaiful Bahri. hehe. baru la syiok. heee. ni course untuk diploma yang ditawarkan oleh UniKL MIMET :-
- Diploma of Engineering Technology in Ship Design (DSD)
- Diploma of Engineering Technology in Ship Construction & Maintenance (DSC)
- Diploma of Engineering Technology in Marine Engineering (DME)
- Diploma of Engineering Technology in Marine Electrical & Electronic (DMEE)
ok. dah puas aku story-mory pasal UniKL MIMET nie. aku cerita life sepanjang seminggu kat sini pulak. haa. waktu registration day tu. bapak lame aku tunggu giliran nak daftar. aku datang pukol 11 pagi. pergi sane. amik borang, tengok nombor, 170. tengah syok-syok layan angin laot (kampus dekat ngan laot la katekan) abang tu panggil la . "nombor 70 ke bawah". amboi. lagi seratus orang seyh aku kene tunggu. sabor je la. dari pukol 11 pagi sampai la pukol 1.30 tgh hari aku dok kat tangge. naik kejang punggung ku duduk di tangge batu. haha.
then, dah siap daftar semua. pergi check-in hotel pulak. eah, HOTEL pulak. hostel la. huhu. tengok-tengok nombor bilik. THIRD FLOOR xxxxxx. amboi. 3rd floor kau. memang kuat la kaki aku lepas nie. haha. satu bilik 4 orang, tapi bilik ni die bahagi due. so, satu bahagian tu ade due orang. partner aku nie asal dari Kedah. couple jiran sebelah pulak dari Kelantan and Selangor. haa, lepas nie boleh la belajar cakap utara. huhu. layan~~
oit2. ngantok dah ke? bangon-bangon. g basuh muka sat. huhu. la ni nak cerita pasal minggu Induksi or minggu Silaturrahim or kebanyakkan IPT memanggilnya minggu Orientasi. walaupun hanya 3 hari je mggu Induksi ni berlaku. giler kentang punye penat senior-senior kitorang bagi. baru la aku tau kenape budak IPT laen tak suke dengan minggu orientasi nie. sebab penat kene buli dengan senior. diorang punye moto senang je. 'kitorang betol, kitorang betol. kitorang salah, kitorang tetap betol. korang salah, korang salah. korang betol, korang tetap salah' . cantek je eak moto diorang tu. haha. malam pertame diorang mulakan aktiviti membuli kitorang dengan melepaskan kitorang masuk bilik tidur kol 1 pagi. lepastu suruh bangun pukol 4. pergh. perit woo.. tido 3 jam je. memang mase kat dalam dewan aku terangguk-angguk je la. haha. memang mase taklimat aku macam tak tau pape. blur je. macam tak de ape2 berlaku. syok sangat tidor. haha. :p kat sini. selain bergelar UniKL MIMET, ade name lain tau. namenye UniKL LALAT. haha. cantek je bagi name. ape la budak-budak nie. nie semua angkara lalat yang beratus la yang telah menginap kat UniKL nie. nak makan pown dikelilingi lalat je. huhu. senior-senior cerite. lalat banyak ni sebab dekat ngan laut satu. sebab banyak ikan kan. lagi satu, sebab ade kilang udang. eh, kolam udang kot. huhu. yang kolam udang ni lagi la. betol-betol sebelah hostel kitorang. dihurungi lalat la kitorang. hampeh betol.
aku kat sini belom start belajar pon. hari Isnin nanti baru start blajar. belajo sikit je. sebab ni pon short sem. 3 bulan je. korang doakan aku ea supaya aku mudah menerima semua ilmu di sini. :D AAMIIN
BELAJARLAH NIAT KERANA ALLAH
setakat ni tu je lah. aku pon takde idea dah nak mengarang ni. petang tadi ye la, macam-macam ilham datang. haha. sekarang. dalam otak cume tidor je. lagipown. banyak dah kan aku bebel. xpe, lain kali aku sambong bebel lagi ea. CHOW CIN COW
Wasalam... :D
terbaek lah wei....teruskan usaha anda....jadi lah yg terbaek!!!!
ReplyDeletebro...aku dpt gak course ni. best ke?
ReplyDeletesekrng dah up lima course...satu lagi maritime management...
ReplyDelete