Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

ADD MATH

tengok tajok jew aku da tergelak sowang-sowang. haha. berdasarkan post aku sebelum ni yang berkaitan dengan jangkaan awal aku, memang benar dan tepat. da boleh jadik ahli nujum aku nie.

tadi mase add math, macam biase la cikgu masok kelas aku. da lepas beri salam sume, cikgu pown dengan muke cover senyum tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. memberikan kami kertas add math yang ade pade tangannye dengan penuh kekesalan. tapi cikgu aku kuat, xmo marah-marah la katekan. huhu. mase aku dapat kertas tu. aku tengok muke cikgu je da tau da keputusan aku.

lepas aku dapat kertas pekse jew, aku teros dudok. aku tak sanggop nak tengok markah aku lagi. bile aku dudok jew kat kerusi aku, aku pown tengok la markah aku. pergh!!! dengan perasaan gumbira yang tak terhingga sakitnye, aku gelak sowang-sowang. haha. FAIL BEB. FAIL!!! ni la kertas pertame aku dapat markah 40 ke bawah.

sedang aku berseronok melihat keindahan markah add math aku, sowang membe aku tanye la aku punye markah. dengan perasaan malu dan tersipu-sipu, aku cakap la aku dapat **. lepas aku cakap markah aku jew, aku tengok muke die ade la sedikit hampe. aku pown tanye la die balik. dengan perasaan bangge die menyebut perkataan 'due belas'. haha. lepas tu aku tanye membe aku lagi sowang, die dapat 'lime belas'. bile dengar je diowang cakap macam tu. tetibe pulak ade perasaan riak, takbur and ujub menghantui tubuh aku nie. haha. kirenye aku nie terer la dalam kami bertige nie. hahax.

CHOW

Saturday, March 26, 2011

SNIPER

LAST NIGHT, dengan secare tibe-tibe aku menjadi rajin buat seketika. aku telah mengemas ruang tamu aku dengan sungguh ghairah sekali kerane lagi tige minggu aku punye akak akan dinikahkan bersame pilihannye. majlis lame lgi, tapi ayah aku dah bising suroh kemas awal-awal. bia nanty tak kelam kabut sangat. semue perabot tv kat ruang tamu tu abis aku angkot. perabot tempat letak cd,vcd,dvd dan vcd haram aku letak kat dapor. tv pown aku letak kat dapor sekali. perabot untok tv pulak aku letak kat anjung depan. di bahagian ruang tamu aku tu memang aku dah sapu bersih la. yang tinggal cume speaker ngan komputer jew. ayah aku suroh aku letak speaker tu kat bilik aku. aku iyekan ajew. nk byk bunyi. tapi aku da malas nak buat keje. aku cakap kat ayah aku, buat esok jew. huhu. lepas tu, ayah aku cakap lagi. nanty komputer tu bungkus, pastu simpan leklok. sebab takot budak-budak yang belom besar lagi buat maen. nanty rosak, mak aku pulak bebel. hahax.

da lepas aku kemas-kemas sume tu, tetibe ayah aku datang kat aku. lepas tu die menghulurkan aku sebijik keychain yang berbentuk SNIPER. WAW... da la die punye bentuk and rupe tu serupe gile ngan sniper ori(aku tak penah tengok pown ori punye..huhu). aku tanye la ayah aku, manew dapat bende alah nie. ayah aku cakap kawan die kasi. kawan die kasi due, satu sniper and satu lagi M16. ayah aku amik M16 la sebab sniper tu da kasi aku. tapi, yang penting nye aku ade sniper, korang ade kew? haha.

THIS NIGHT, kat ruang tamu tu ade lagi 3 bijik speaker. tige-tige aku angkot masok bilik aku. tapi aku tak gune pown. sebab p.a. system ayah aku rosak. kalau tak, aku buat disko kat bilik aku nie. haha.


CHOW

Wednesday, March 23, 2011

jangkaan awal

PPEERRGGHH!!!!!!!!tadi pekse add math tak macam giler pulak kan. pergh3. giler3. daripade 20 soklan kowt, aku cume jawab 5 jew. haha. tak macam giler pulak. bape markah je nanty aku dapat. hahahahahahaha. da macam orang giler da tadi mase pekse.

JANGKAAN AWAL AKU:-
|  |
|  |
V
ADD MATH WILL BE  F

CHOW

Tuesday, March 22, 2011

baju baru aku!!!!!!!!

hari sabtu hari tu aku pergi ke Putrajaya ntok menghadiri majlis persandingan sepupu aku. malas la pulak nak cerite panjang lebar. cerita yang kat tajuk sudah la.

majlis tersebut berlangsung kat dalam dewan yang mempunyai tige buah gelanggang badminton, di luar dewan tu terdapat due gelanggang skuash, sebelahnye pulak ade kolam renang. di bahagian yang lain pulak ade gerai2 makan dan ade pasar awam.semua tu sekali bertempat di Putrajaya.

da habis cerite pasal dewan. nak cerite pulak pasal majlis. seawal jam 9pagi aku ngan ayah aku ngan mak aku ngan akak aku bergerak dari nilai iaitu rumah tumpangan aku ngan mak aku ngan ayah aku. sampai kat putrajaya tu dalam pukol 10 pagi. mase tu perot aku da berkeroncong lagu ape ntah. aku cakap la kat ayah aku yang aku nie tengah lapa sebab tak sarapan lagi. naseb baik la kat tepi tu ade gerai. bole la aku ngan ayah aku ngan mak aku ngan akak aku sarapan kat situ. tengah sarapan punye sarapan, sedare aku yang lain pown sampai. dalam jam 11 lbey baru la sume sedare mare sampai. diorang sampai je teros masok dalam dewan yang serba indah lagi bewarna merah jambu untuk makan. aku  pown join la diorang makan. fuhh. macam2 lauk and makanan ade kat dalam tu. mule-mule aku makan cendol dulu, lepas tu makan roti john, lepas tu baru la makan nasi minyak.

time ake tengah angkat roti jale untok masok ke dalam mulot aku yang sudah tersedie besar nie, tetibe pulak roti jale tu jatuh kembali ke pangkuan kuahnye itu yang menyebabkan berlakunye percikan kuah lalu terkena pada baju baru aku yang dibeli di PACIFIC pada tempoh hari lalu terus melenyapkan rasa gumbira aku untok makan dengan senang hati. AAAARRGGHHHH!!!!! peerrghh... tak macam sakit hati pulak kan. dengan sepantas kilat aku pergi ke bilik air untuk membasoh baju aku yang terkene kuah roti jale yang lazat lagi sedap tu. tapi, apekan daye, aku gosok punye gosok tak jugak hilang-hilang minyak nye. isy3. sabo jew la. dengan baju aku basah-basah tu aku teros pegi ke kereta milik ayah aku untuk mengambil baju di dalam beg aku lalu aku menukarkan baju baru aku tu kepade baju yang dah bole katekan lame.

aku bertukar warne dari warne biru kepade warne hitam. haha. kseian eak aku. kesokkan harinye aku balik ke kluang. balik-balik je teros aku ke bilik air sambil bawak baju baru aku tu sekali dan merendamnye selame beberape hari. dan sekarang, baju aku masih lagi tersidai di ampaian. kejap lagi aku nak amik la nie. tengok macam da kering jew. ye la. due hari la kowt aku jemor. haha.

CHOW

Thursday, March 17, 2011

haircut

rase-rasenye da due bulan aku tak potong rambut. biaselah, aku kan malas nak pegi kedai gunting rambut yang jaoh di pendalaman. haha. minggu nie minggu cuti sekolah. so, makin menjadi-jadi la aku punye malas nak potong rambut. tapi, esok(jumaat) sampai hari ahad aku takde kat kluang. aku kene pegi putrajaya sebab sepupu aku kawin. kalau aku tak potong rambut sekarang, bile lagi aku nak potong rambut eak. hari ahad da tentu-tentunye aku balik malam. kalau malam ade ke kedai gunting rambut bukak? hurm.

lame la jugak aku fikir nak potong rambut atau tak. kebetulan pulak mase tu ayah aku baru balik keje. lepas tu die ajak aku pegi ngeteh jap. aku dengan tanpa berfikir panjang teros tuka baju and follow my father. da lepas makan tu, aku amik la kesempatan untok ajak ayah aku tu pergi gunting rambut. tapi ayah aku cakap nak try kat kedai gunting rambut yang berdekatan. aku pown iyekan je la. asalkan aku gi potong rambut.

mase kat dalam kedai tu, aku cakap la kat tukang gunting tu. nipiskan tepi sikit jew. die pown kate la oke. tapi, dengan bangganye die teros menyodok rambut aku di bahagian tepi dengan rakusnya. argh!!! aku suroh nipiskan, die pegi sodok tu buat apew. aku tengok pown da macam aku buat mohawk la pulak. die da buat, tak kan aku nak marah pulak kan. ah, bia je la. tengah sedap-sedap die sodok tepi tu. tetibe pulak die pegi sodok rambut belakang aku pulak. aargh!!! lagi sakit hati aku. aku baru nak bele ekor sikit. die da sodok habis. nak marah bapak aku ade pulak. sabo je la kali ke due.

da seronok die sodok rambut belakang aku. aku pown cakap la. rambut atas buat layer. die pown kate la oke. potong punye potong. die tuka side pulak untok cukur rambut tepi. da lepas cukur, die cakap r. rambut atas nampak macam lebat la. potong sikit ea? aku pown iye kan ajew. sebab memang nampak panjang lebat pown. die pown potong la rambut atas. sekali lagi die berseronok potong rambut aku, last-last die pegi potong rambut depan aku yang panjangnye dah paras idong. pergh!!! lagi sekali die buat hal. ah. aku buat tatau dah la. menyirap aku.

daripade aku nak nipiskan rambut tepi je sebab rimas, terus jadik rambut stail sekolah, nyirap2. lepas nie aku dah tak nak potong rambut kat sane lagi da. trauma aku dibuatnye.

CHOW

Monday, March 14, 2011

new clothes

sekarang nie tengah cutie sekolah. bosan la kowt dudok kat rumah. seminggu pulak tu cutie. semakin bosan la aku. mase tengah bosan-bosan dudok kat rumah. ayah aku baru balik dari keje, lepas tu die teros ajak aku pegi beli baju untok aku tunang bulan 4 nanty. eh2. salah2. bukan aku yang tunang, tapi akaq aku la. haha. mule-mula ayah aku tanye, nak baju batik or baju kemeje. tanpe berfikir panjang, aku pown cakap la nak baju kemeje. sebab kalau beli baju batik. time bile jew nak pakai. nak buat pegi bando pown tak boleh.

[skip] mule-mule pergi KLUANG PARADE dulu. sebab kat sane kan ade PARKSON. banyak la jugak pilihan kat sane. tapi tak cantik sangat r warne die. aku kene pilih warne biru. sebab tema time tunang akaq aku tu warne biru. warne2 laen cantik jew aku tengok. kat parkson tu banyak pilihan, tapi sume atas RM90. haha. da la takde offer. patot la takde orang datang situ.

da lepas sejam lbey kat parkson tu. takde yang berkenan. haha. cian3. lepas tu pegi PACIFIC pulak kat KLUANG MALL. boley tahan banyak la jugak pilihan kat sane tu. yang RM20 pown ade. kat parkson takde pown murah2 cam nie. haha. kat sini pown sejam jugak kitorang round2 carik baju. haha. dalam sejam tu la aku da jumpe baju yang aku berkenan. ape lagi. ayah aku pown panggil la orang yang jage kat situ. aku mintak la saiz M sebab yang die sangkut cume ade saiz XL ngan L jew. lepas tu die boley pulak cakap saiz M da habis. isy. bengang jew aku mase tu. da jumpe, takde saiz pulak. masalah2. kene la round lagi sekali. aku pown da malas nak pilih. ayah aku yang pilihkan baju. aku pown oke jew larh.harge tak paya citer la. buat bengang jew. haha.

D'URBAN
     

CHOW

Saturday, March 5, 2011

Maulidur Rasul

sekolah aku ade buat sambutan maulidur rasul hari ni. semangat punye pasal, pukol 7:15 pagi aku dengan wan dah tercegat kat sekolah. sesampai je kitorang kat sekolah, kitorang selisih dengan daus, acap and faly. da la kitorang sampai awal, bosan pulak tu. kitorang pown ambik la keputusan untok tawaf satu sekolah kejap. haha. macam da tak de keje lain jew nak tawaf2 sekolah nie eak.

mule-mule aku target program nie start pukol 8:15 pagi. tapi jangkaan aku salah. maulidur rasul nie start pukol 8:30 pagi. lewat 15 minit dari jangkaan aku dan lewat satu jam dari yang tercatat dalam surat.

sambutan maulidur rasul nie dimulakan dengan bacaan Al-quran dan terjemahan nye oleh amin imam dan aben. lepas tu disusuli dengan selawat keatas nabi. sekolah aku kali nie tak buat perarakan la. cume selawat kat dalam dewan terbuke jew. tak best tol.

da lepas selawat. pengetue pulak kasi ceramah sikit kat kitorang sementare nak tunggu penceramah sampai. lebih kurang 30 minit lepas tu baru la penceramah tu sampai. mase penceramah tu berceramah, best la jugak. banyak jugak die buat lawak kat depan tu. huhu. dalam satu jam lbey jew die ceramah kat depan.

lepas ceramah jew, macam biase la. Ustazah Atiek Ashuraini buat kuiz. sape dapat jawab jew. dapat hamper. hahax. da makin kaye da ustazah nie. mase kuiz tu tak macam huru hare pulak an dewan tu. sampai berlari-lari semate-mate nak jawab soklan kuiz and dapat hamper. yang tak boley bla mase ade sowang budak tu, da penat berlari berkejaran dari hilir ke hulu. da dapat mic da. pastu tak dapat jawab. hahax. tak boley bla der. tak macam bengang pulak kan dye. hahahahahahahahax.

sesudah nye acara kuiz tu tadi, bermakna sudah mase untuk makan. haha. sape tak nak makan woi. free tu. tapi bukan makan kat dulang la. makan kat dalam polistren jew. ade yang makan kat sekolah. ade yang bawak balik untuk dimakan di rumah bersame keluarge tercinte. huhu. tamatnye acara makan memakan, maka tamatlah sudah sambutan maulidur rasul untuk tahun ini di sekolah aku. semua sekali tamat pada pukol 12:00 tgh hari.

CHOW

Friday, March 4, 2011

bahasa melayu

hari ni aku belaja komsas untuk subjek BM. sinopsis da abis belaja da minggu lepas. hari ni belaja pasal tema and lain-lain pulak. pergh... tak macam banyak pulak an keje cikgu kasi tadi. kasi keje rumah macam cuti aku due minggu. lain la kalau aku ade buku rujukan. cepat la sikit aku boleh siap. isy3. cikgu2. tau la aku nie kelas sains. jangan la nak dere kitorang. lepas cikgu da kasi keje sume tu. cikgu pown cakap "nak mengajar kamu nie senang je, cume nak mendidik je susah"

CHOW