Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 21, 2013

rindu :'(

Sejurus selepas solat Isya' bersendirian di bilik, aku bergegas ke meja belajar lalu mencapai telefon bimbit ku untuk menelefon mama dan ayahku yang memang sudah di dalam niatku sebelum Maghrib lagi. Aku pergi keluar bilik bagi mencari tempat yang jauh dari pandangan orang ramai. Lalu aku mencapai keputusan untuk duduk di kaki tangga, tidak jauh dari bilikku, yang merupakan tangga yang kurang pelajar menggunakannya untuk naik turun banggunan.

Selepas duduk, dengan pantas aku menekan punat-punat di telefon bimbit untuk mendail mama. Perasaan rinduku terhadap mama sudah meluap-luap dari sebelum Maghrib tadi. Sejurus selepas ibuku mengangkat panggilan telefon ku. Aku menyatakan bahawa aku rindu kepadanya. Dan sewaktu itu lah air mata seorang anak laki-laki mengalir ke pipi kerana terlalu rindukan mamanya. Tetapi aku tidak menyatakan yang aku menangis. Aku hanya menyatakan berulang kali bahawa aku sangat merinduinya.

Mengapa?

Mengapa mataku mengeluarkan air mata tanpa disuruh? Mengapa aku menangis? Mengapa? Adakah sudah terlalu lama tidak mendengar suara mama? Adakah kerana terlalu jauh dengan mama? Atau, mungkin sebab aku terasa sunyi berada di sini. Mungkin. Aku seperti tiada teman di sini. Terasa seperti disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Sahabat yang dahulunya sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. Yang sentiasa pergi kemana-mana bersama. Yang selalu keluar makan bersama. Akhirnya tinggalkan aku bersendirian terumbang-ambing tanpa arah tujuan. Semua yang aku lakukan, serba tidak kena. Ada saja yang akan dicantas olehnya jika aku membuka mulut. Adakah itu pengakhiran hubungan persahabatan kami?

Sahabat, rakan, teman, kawan. Aku boleh hidup sendirian tanpa mereka semua. Tapi, aku hanya perlukan SEORANG. Seorang yang boleh membimbingku ke arah kebaikan. Yang boleh mengajarku apa itu erti kerajinan. Yang boleh selalu memberiku semangat untuk terus meneruskan hidup di kawasan yang penuh dengan pelita (pensyarah).

Aku mahu kau.

Aku mahu kau. Aku mahu kau untuk menemani sepanjang hidupku hingga ke akhir hayat. Tolong, jangan tinggalkan aku sendirian. Hidupku bertambah gelap tanpamu. Sudah tiga tahun aku diterangi oleh cahayamu. Yang telah banyak mengajarku erti kehidupan. Aku tidak sanggup untuk kehilanganmu. Walaupun kita jauh berbatu, tetapi kau tetap berada di hati ku. Tempat yang selaluku jaga baik.

Kau lah tempatku mengadu. Mengadu hal belajar ku. Mengadu hal sahabat ku. Mengadu hal kemalasan ku. Dan kau lah penawar segala dukaku. Kata-kata yang kau berikan kepadaku, cukup memberikan ku semangat untuk terus meneruskan hidup walaupun sendirian di menara gading ini. Kerana aku rasa seperti kau sentiasa berada disisi ku.

Sepanjang masa.
Setiap tempat.
Aku teringat kamu.
Aku merindui kamu.