Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

NEW WORLD RECORD AGAIN !!!

korang nak tau tak??tadi kan, kelas 4ST sekali lagi telah mencatat rekod dunia yang kedua dengan jayanya. waw. macam gempak jew bunyinye.

cam nie ceritenye. tadi, mase MATEMATIK cikgu ade masok kelas kitorang. bawak banyak buku pulak tu. buku latihan Math1, Math2, Math3 kitorang. cikgu kitorang nie siap bawak senarai name pulak tu. lepas je cikgu kitorang nie suroh budak-budak nie bagi balik buku latihan tu pade tuan masing-masing. cikgu suroh la semua pelajar 4ST nie berdiri. lepas tu cikgu pown bace la name sorang demi sorang yang ade dalam senarai yang hantar buku untuk diberikan penghormatan untuk duduk.

selepas je cikgu memberikan penghormatan kepade 20 orang pelajar 4ST untuk duduk. cikgu matematik kitorang pown start la membebel kepade pelajar-pelajar yang tak hantar buku latihan kat die. ramai la jugak yang tak hantar buku kot. aku ade la sempat kire berape orang yang tak hantar buku. khas untuk korang punye info. haha. lepas aku habis mencongak kire. 2.5 orang je lagi untuk separuh kelas aku tak hantar buku latihan tu. atau lebih mudah dikira 15 daripada 35 orang. kalau nak dikire peratusnye pulak. ade la dalam 42.85714286%. TERBAEK!!! (naseb baek la aku dah hantar. haha)

pembebelan cikgu berlangsung selama beberapa minit jugak la. menahan telinge la kitorang jawab nye. haha. dalam mase cikgu membebel tu. aku sempat la salin beberape kata-kata cikgu yang menusuk ke kalbu budak-budak nie. antarenye 'saya akan DOAKAN DAN PASTIKAN exam PK1 nanti, yang tak hantar buku nie akan FAIL / GAGAL', 'nasib baik bukan hari Jumaat, kalau tak lagi makbul', 'kamu semua nie memang NON-VIABLE la', 'baiklah, saya akan abaikan yang ini (merujuk pada pelajar yang tak hantar buku), saya dah malas nak layan orang yang memeang tak nak belajar. baik saya ajar orang yang betul-betul bak belajar'


CHOW

Monday, June 20, 2011

NEW WORLD RECORD

semasa perhimpunan pagi 20 jun 2011 bersamaan hari Isnin sedang dijalankan, cikgu bertugas minggu sebelumnye telah mengumumkan kelas 4ST menang dalam Pertandingan 3K iaitu Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan kelas untuk minggu sebelumnye. kelas 4ST tu kelas aku la. nak dijadikan story, time nak ambil hadiah tu, sepatutnya ketua kelas kitorang la kena ambil hadiah tu. tapi die tak ambil sebab die tak pakai tali leher. takut nanti cikgu tegor die. so, sikit punya lame pengetua tunggu kat depan untuk wakil ambil hadiah tu. tapi punye la ramai pelajar 4ST, seorang pown tak muncul kat depan untuk ambil hadiah tu. so budak kelas lain tolong ambil. lepas tu, mase ucapan pengetua, die suruh sume budak 4ST berdiri. tak bengang pulak sebab orang lain sume duduk tibe-tibe 4ST kena diri. rupanya pengetua nak membebel kat kitorang sebab yang ambil hadiah tadi tu sebenarnye bukan budak 4ST. mane tak marah die kat kitorang. tahan telinge je la. so, ramai ckgu agak tak puas hati la dengan perangai kitorang. yela, orang nak bagi hadiah pown susah sangat nak pergi ambil. sampai la pagi tadi ada dekat 4 ke 5 org cikgu nganjing bercampur bebel kat kitorang.

Cikgu Add Math : sepanjang saya mengajar kat sekolah nie. saya la cikgu yang paling lama mengajar kat sekolah nie. ni la first time perkara ni berlaku. ada ke patut orang nak bagi hadiah kat awak tak nak ambil. susah sgt ke? -dan bebelan seterusnya, and seterusnya-

Cikgu agama : eh, kenapa hadiah ni ada kat atas meja? -perli nampak?naseb baek tak membebel-

Cikgu BI (guru kelas) : awak semue ni kenape? buat malu je. orang nak bagi hadiah pun susah sangat ke nak pergi ambil? punya la ramai kat dewan tu, sorang pun tak bangun ambil. lain kali dah tak payah bagi hadiah kebersihan kat awak semua! bla bla bla... -panjang lagi cikgu membebel sebenarnya. sampai dah nak habis satu mase-

Cikgu KIMIA : eh, macam mana hadiah ni boleh ada kat sini? bukan awak tak nak ke? -suka menganjing ya!!-

Cikgu Math : eh, macam ni ke perangai awak? mana pengetua tak marah! -dan pembebelan seterusnya-

haih. nasib-nasib. sabar je la. bak kata Sulaili kepada Airul, diorang tak ingat tu yang kite pernah cipta rekod PMR terbaik sepanjang sekolah ni dibuka (bongkak??). tapi memang kitorang yang salah pown.



P/S : entry ini telah dicopy dan diedit dari blog MOHDAIRUL. (to MOHD AIRUL : sorry yow, aku malas lah nak tulis entry. hahax)


CHOW

Sunday, June 19, 2011

HAPPY FATHER DAY

tadi baru je lepas aku, kakak-kakak aku, mak aku dan ayah aku yang tersayang sambut hari bapa sedunia. kitorang just sambut simple-simple je kat rumah. kakak aku yang 2nd tu dah bersemangat gile dah buat OREO CHEESE CAKE. siap suruh akak aku yang 1st pergi beli bahan. da la mahal. semue sekali RM60. nasib baik sedap kek yang die buat tu. kalau tak. membazir je. aku pulak buat air buah. ape entah namenye. yang kite masak susu cair dengan gule melake. lepas tu masokkan sagu rendang kowt namenye. kalau nak banyak isi lagi. masokkan buah yang dalam tin tu. sedap wo aku buat. huhu.

pape pown. SELAMAT HARI BAPA, AYAH!!!


CHOW

Wednesday, June 1, 2011

CUTI

selepas 3 minggu aku menjalani peperiksaan pertengahan tahun yang superb susah dan low senang. kini aku perlu berseronok selama 2 minggu kerana cuti sekolah. tapi, cikgu sekolah aku lebih mendahului untuk memberikan kerja sekolah terancang kepada aku. cikgu aku tu memang merancang semua kerja sekolah aku. ops, kerja cuti sekolah. aku cume cuti 2 minggu jew. bukan nye cuti 2 bulan. nak kasi kerje banyak-banyak pulak tu. kalau salin karangan pakai komputer takpe la jugak. boleh la aku siapkan selame 5 hari. cukop.

argh. tension aku. 

tapi, 1st day cuti aku dah pergi banda. nak pergi teman tengok wayang. aku ajak tengok citer KaraK, tak nak. nak tengok citer Nur Kasih jugak. hurm. layan~~

hari monday nye pulak. aku, imran and airul pergi sekolah. sebab nak tolong cikgu. tolong apew, korang tak payah ambik tau. kitorang sampai sane dalam pukol 8 lebih. teros pergi tempat cikgu. buat semue kerje tu kejap jew. sebelom pukol 10 kowt kitorang dah siap. lepas siap semue tu. ape lagi. online la. wifi free tu. sapew taknak online beb.

keesokkan harinye. aku, imran, airul, yana and nad pergi library banda. tujuan nak buat serba sikit kerja sekolah yang cikgu kasi. aku cume mampu buat satu karangan BI jew. pastu tangan aku teros mengeras sebab terlampau sejuk. dirang la. pilih tempat betul-betul kat bawah aircond. aku mase tu dah memang tak boleh tulis ape-ape dah. aku pown suroh la airul nie amikkan aku punye netbook at beg aku. lepas tu aku mintak la imran punye broadband. sebab si airul nie nak sangat webcam dengan aku. walaupun dudok bersebelahan. airul2. sambil-sambil aku dengan airul webcam nie. aku layan facebook la kejap. aku kalau dah bukak facebook. book kat sebelah aku, sume aku tutop. haha. terok betol la aku nie.

time kat library tu. airol ajak kitorang gi banda jap. sebab die nak gi beli sandal. aku follow je la. yang nad nie pulak. die nak pergi KM sebab ex dy ajak g tengok wayang. layankan aje. haha. kitorang pown jalan la dari library teros menuju ke KM untok hantar si nad nie. da sampai KM, airul nak makan papa roti. kitorang ingatkn papa roti tu kat lempat lame. kat bawah. rupenye papa roti tu da berpindah ke tingkat atas sekali. nampak sangat yang kitorang nie da lame tak pergi banda. haha.

da nampak papa roti, sume nak beli. tapi sowang cume mampu beli satu jew. sebab sati RM2. ye. harge dah naik da. lepas makan. diorang ajak pergi karaoke. follow je la. nad tak ikot. sebab ex die kan nak belanje tengok movie. hm. tetibe pulak aku malas nak cerite lagi. takpe2.aku pendekkan. lepas karaok. aku pown teman la airul nie pergi beli sandal. 

on the way kitorang nak pergi bus stand. tetibe pulak akak aku call. die tanye aku kat mane. aku cakap la aku on the way g bus stand. pastu die suroh aku tunggu die. aku pown cakap la oke. da sampai bus stand. dalam kol 4 lebih. bas da sampai. aku cakap la kat diorang yang aku nak tunggu akak aku. 

tunggu punye tunggu. due bas dah tinggalkan aku. dalam pukol 5.30. baru akak aku samapi bustand. akak aku lambat. sebab baru je 10 minit bas gerak. tu la. kalau nak balik tu, balik je la. nie, pergi beli tudong la, beli coolblog la. kan da terlepas bas. akak aku sampai je. bayang bas taman intan pown aku tak nampak. dari pukol 5.30 sampai pukol 6.45. tak sampai-sampai bas nye. last-last. akak aku call la ayah aku suroh amik kat bando. lambat la jugak ayah aku amik. sebab ayah aku baru balik dari JB. ade keje kat sane. dalam pukol 7 baru ayah aku sampai. 

aku rase la. bas taman intan tu memang tak nak akak aku naik die la. sebab tu la die tak muncul-muncul. haha.

CHOW