Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 6, 2012

Posisi Tidur

Assalamu'alaikum...

Hari ini tiba-tiba pulak aku ada mood nak buat entry pasal posisi tidur ni. Mungkin sebab cara aku tidur dan banyak terbaca di laman sesawang mengenai posisi tidur. So, ini semua untuk kebaikan kita bersama dalam menjalani kematian yang sementara.

Sebagai seorang manusia yang normal, kita memerlukan tidur yang mencukupi untuk merehatkan dan menyegarkan badan pada keesokan pagi supaya dapat melakukan kerja dengan selesa. Tetapi, pasti ada antara kita yang terlajak atau terlebih tidur kan. (aku lah tu.hoho). Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Posisi tidur juga amat penting untuk memastikan bahawa badan kita dapat berehat dengan cukup. Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu hendak tidur ditempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis diatas jelas menerangkan bahawa kita diarahkan untuk tidur mengiring ke kanan. Terdapat beberapa posisi tidur yang lain iaitu :

Tidur Meniarap (cara tidur ahli neraka)
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur Menelentang
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatutnya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur Mengiring Ke Kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Tidur Mengiring Ke Kanan
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. Ini juga adalah sunnah Rasulullah ketika tidur.

Dan setahu aku juga, dengan tidur mengiring ke kanan. Kita akan mudah terjaga. So, mudah pada sesiapa yang ingin melakukan Qiamulail bangun pada tengah malam.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

notapipi : Banyak lagi kebaikan tidur secara mengiring ke kanan, korang baca la sendiri ea. Malas aku nak huraikan panjang-panjang. korang boleh baca di sini dan sini. Jom ikut sunnah Rasulullah. :D aku pun sedang mencuba untuk mengikut sunnahnya. :)

Tuesday, December 4, 2012

it's a date ???

Assalamu'alaikum...

Tarikh keramat 4 DISEMBER kini telah kembali lagi. Dengan perasaan di hati yang penuh kegembiraan, aku menanti tarikh ini dengan perasaan yang sangat tidak sabar. Kerana tarikh ini adalah tarikh yang bermakna buat ku. Mungkin ramai yang tidak tahu tragedi apa yang telah berlaku pada 4 Disember ini (bukan novel tu la). Kejadian yang telah berlaku pada tarikh ini adalah rahsia, dan rahsia ini telah tersimpan di dalam peti besi kerajaan yang jauh di lubuk ****. Walaupun ini adalah rahsia kerajaan, beberapa orang individu yang tidak bertamadun telah mengetahui rahsia ini daripada seorang gadis perasan comel. 

Permulaan hari yang agak mendung, akibat tidur yang tidak bangun-bangun. hoho.

Pagi yang sunyi, kejut sepupu aku yang masih lagi dibuai mimpi. Kami berwuduk dan terus menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. skip skip skip. Balik rumah --> sarapan --> pakai kasut --> jogging --> futsal. (malas nak cerita punya pasal..haha). Balik rumah, kaki sakit. Sebab dah lama tidak bersukan mengeluarkan peluh. huhu.

notapipi : this is our day

Sunday, December 2, 2012

TAHNIAH HARIMAU MALAYA ! ! !

Assalamu'alaikum..

aku ingin mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak MALAYSIA ataupun lebih dikenali sebagai HARIMAU MALAYA ! aku tengok bola kat rumah je lah. nak tengok ngan kawan kat kedai, ayah ku tidak kasi [dad control..hoho] . tengok kat rumah pown dah macam orang gile, nie lagi kalau tengok kat kedai. haha. asal bola dekat ngan gol je, jantung mula lah nak berdebar semacam. bila gol. perkatan GGOOOAAAALLLLL yang kami laungkan. bergegar woo rumah..hoho. punya lah excited kakak aku ni sampai terlompat-lompat. haha.

lepasni bila harimau ada peluang cakar singa , kita cakap balik ! maruah tercalar perlu dibalas semula. tapi buat masa ini, kita cakar yang ada depan kita dulu. kita cakar garuda. hoho. biarkan dendam tu balas kemudian. harap jumpa di fainal.

GO HARIMAU MALAYA ! ! !

Saturday, December 1, 2012

aku sudah berhenti

aku sudah berhenti memakai baju putih,
aku sudah berhenti memakai stokin putih,
aku sudah berhenti memakai kasut putih,
aku sudah berhenti memakai seluar hijau gelap,
aku sudah berhenti memakai tali pinggang hijau gelap,
aku sudah berhenti memakai tali leher merun,
aku sudah berhenti menggunakan buku teks tingkatan 5,
aku sudah berhenti menghadap soalan superb dari negeri lain,
aku sudah berhenti menghadap soalan tahun-tahun lepas,
aku sudah berhenti menjadi senior sekolah,
aku sudah berhenti photographer sekolah,
aku sudah berhenti bergelar PELAJAR SEKOLAH,
dan kini aku adalah individu yang bergelar LEPASAN SPM.

YEAHHH...hoho

selamat tinggal semua, aku akan merinduinya