Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 4, 2013

minggu terakhir T_T

Assalamu'alaikum...

seperti yang sudah tertera/terpampang/termaktub.tersiar di tajuk atas tu, minggu ini adalah minggu last aku bergelar orang Kluang atau orang Johor. sebab lepas ni aku dah jadi orang Perak. sebab aku dah nak fly ke Perak untuk menuntut. hehe. menuntut? waw.. boom ayat kau. doakan la aku supaya aku boleh belajar  kat sane. course nye pon agak memberansangkan. fuhh. gelabah pulak tetibe ni. hehe. aku pon dapat tahu bende alah ni last2 minit. amekaw. gelabah aku nak setelkan semua urusan keluar kem. lepastu, nak lepak2 dengan membe kem lagi. maklumlah, minggu last kan. pape pon, aku dapat conduct aku punye team ke tangga teratas. hehe. the best lah :)

hurm. kawan-kawan aku yang lain pon ramai dah takde kat Kluang ni, atau takde dah kat rumah kediaman mereka-mereka semua. huhu. mereka-mereka semua telah pergi melanjutkan pelajaran di tempat orang katenye. banyaknye dapat kat belah utara-utara sana. PAHANG, PERAK, TERENGGANU, PERLIS, KELANTAN, PENANG. nasib baik la tak fly ke Thailand eak. huhu. 

TAHNIAH la kepada rakan-rakan seperjuangan aku yang berjaya mendapat tempat di pengajian tinggi, tak kisah la kat universiti ka, kat kolej ka, kat matrik ka, or form 6. asalkan dapat belajar eak. kita dah cuba sebaik yang boleh ketika SPM dulu, cuma mungkin usaha kita kurang, so, kite punya 'A' pon kurang la kan. itu semua kehendak Allah yang akan memberi rezeki kepada hamba-Nya mengikut usaha hamba-Nya sendiri. banyak usaha, banyak lah dapat. kan kan kan??

'IF WE ARE ON TIME, WE ARE LATE.
IF WE ARE EARLY, WE ARE ON TIME'
(TKL)

ha, lagi satu. aku cukup berbangga la dengan kawan aku sorang ni. walaupun hanya kenal 3 hari di Perkampungan Penulis Muda. aku tabik spring la kat die sebab dia dapat tawaran study di MESIR. waw. terkejut jugak la aku. ade jugak kawan aku yang belajar kat Mesir. ALHAMDULILLAH :D aku doakan kau semoga kau berjaya apa yang kau impikan. DOKTOR right? Doktor Muslimah katenye. AAMIIN..... nama dia Nadiatul Aqilah, first time jumpe memang nampak macam ustazah dah. aku suke tengok die, sebab die pakai tudung labuh. aku memang suke tengok gadis-gadis pakai tudung labuh-labuh ni. rase tenang je hati. huhu. BTW, GOOD LUCK SIS :D DO THE BEST KEYH :D

'Dalam hidup ni, kita perlu jaga dua benda ini.
Jika gagal untuk menjaga kedua-dua benda ini, sukarlah untuk kita meneruskan liku-liku kehidupan.
Kedua-dua benda tersebut adalah SOLAT dan MASA'
(TKL)

for the last, to all my friends. aku harap kite dapat jumpe lagi di masa yang lain. harap-harap lah dapat jumpa korang semua balik eak. lame dah tak jumpe korang nie. sebab lepas ni mesti susah nak jumpa korang semua. korang pon belajar jaoh-jaoh. aku pon duduk jaoh same. isy3. aku pon dulu lepas SPM busy memanjang. dok kolej 3 bulan, dok kem sebulan lebih. keluar-keluar je, dua minggu dah kene setelkan borang untuk menuntut nanti. huhu. so, tak banyak la mase yang aku boleh luangkan masa dengan korang-korang semua. so, GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS 

::LIFE IS SHORT, SMILE WHILE YOU HAVE TEETH::

1 comment:

  1. assalam bang
    yuran total nya berapa??
    skali dgn yuran pendaftaran

    ReplyDelete