Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 17, 2014

Sepohon Kelapa Sawit

Sepanjang kehidupan disini. Banyak yang telah aku belajar. Erti kehidupan sebenar seorang remaja yang berjauhan dengan keluarga. Perlu ada rasa sikap bertanggungjawab, matang dan berdikari. Jika tiada semua itu, kehidupan di perantauan tidak ubah seperti berada di bawah jambatan. Kerana semuanya serabut bagaikan di dalam tong sampah.

Hidup di perantauan perlu bijak untuk mendapatkan rakan. Tidak semestinya bijak akal, bijak perangai juga. Jika kita tidak menjaga perangai, kita akan disisihkan oleh kebanyakan orang. Hidup akan bosan jika tiada rakan di sisi. Bagaikan hidupnya sepohon kelapa sawit. Walaupun dikelilingi oleh spesies yang sama, ditanam bersama, hidup bersama, dan bakal ditebang bersama. Tetapi dia tidak boleh rapat dengan spesiesnya.

Begitulah juga jika kita tidak menjaga perangai di perantauan. Dikelilingi oleh manusia, sama kelas, sama bilik, sama banggunan mahupun sama kampus. Tetapi tidak pernah bertegur.

Rapat di mata, tetapi jauh di hati. :]

No comments:

Post a Comment