PLKN
mudah dilafaz
tetapi sukar diungkapkan
di sinilah kami belajar
kerjasama
di sinilah kami belajar
kepimpinan
di sinilah kami belajar
ketepatan masa
Penginapan di
rimba bagaikan berkhemah
nyanyian merdu
unggas kedengaran sayu tiap hari
beruk dan
biawak peliharaan kami
walaupun jarang kami bersua
Sebelum fajar memanjat langit
kami
bangkit dari lena
pemesar suara menjerit
bangun,
bangun,
bangun
gegas kami mempersiapkan diri
menghadap Ilahi
Terus ke padang kawad menjalani
PT pagi
walaupun mata masih berat
terngiang-ngiang akan tilam dan bantal
kami
tetap hadir
menjalankan tanggungjawab
walaupun
terpaksa
Lompat bintang,
tekan tubi,
ketuk ketampi
sarapan harian kami
mencangkung dan
jalan itik
pemanis mulut kami
Tiap hari, tiap masa
berbaris santapan kami
lambat seminit
hentak kaki empat penjuru alam kata Misuari
Di bawah pancaran mentari kami
berkawad
menggelap kulit hobi kami
walau langkah tidak keruan
Cikgu Abu tetap menjadi jenaka
Seronok sangat sewaktu beriadah
kami bersepakat berlari-lari anak
mengejar
Yamaha cup Cikgu Safar
demi mendapatkan sebatang
ais krim
sementara menanti sebotol
100 plus
dari raga motor Cikgu Lan
Malam pula
kami sama-sama ke surau (bagi yang muslim)
maghrib dan isya' berjemaah
diselangi kuliah bagi santapan rohani
ada antara kami yang terlalu fokus
hingga
ternganga mulut melayan lena
di sisi ustaz yang khusyuk melontar kata
Kadang kala kita bersedih
kadang kala kita berduka
tetapi itu semua
manis dalam persahabatan
walaupun mulut tidak berbicara
namun mata telah bercerita
apa yang tersirat dalam hati
Hari ini
perginya seorang kawan
bukan kerana
duka
perginya seorang rakan
bukan kerana
lara
perginya seorang sahabat
bukan kerana
hampa
tetapi
perginya seorag teman
kerana
mengejar cita
Mungkin
inilah kali terakhir
pertemuan antara kita
pilu hati ini ingin melangkah pergi
meninggalkan sahabat baru
yang sentiasa di sisi
sepanjang berada di
Pinggiran Pelangi
Sungguh
perpisahan itu
perit
tak sanggup rasanya
menguraikan
dakapan erat seorang teman
melepaskan
genggaman tangan seorang sahabat
tak akan pernah aku lupakan
setiap detik suka duka kita
tak akan pernah aku hilangkan
kenangan
indah yang kita cipta bersama
Berjanjilah wahai sahabat
jangan pernah kau cuba
memadam memori ini
jangan pernah kau cuba
membakar himpunan kisah kita
dan jangan pernah kau cuba
menokhtahkan persahabatan sampai di sini saja
Wahai warga
Pinggiran Pelangi
sepuluh jari disusun rapi
memohon ehsan simpati
memaafkan kesilapan diri
andai tersilap kata
terluka hati
terumpat mulut
tersinggul bahu
terpukul badan
Terima kasih
teman
kerana tetap di sisi
menyokong langkah longlaiku ini
Terima kasih
cikgu
kerana tetap teguh berdiri
memberi tunjuk ajar
menegur kesilapan kami
mencangkungkan kami
demi memperbaiki kesilapan lalu
Terima kasih
Sarjan
kerana menjaga kebajikan kami
sakit pening kami
demam pura-pura kami
terkehel seliuh tipu kami
demi mendapatkan tagging
dan merasa tidur berpenghawa dingin
Terima kasih
Komandan
terima kasih
TKL
terima kasih
TKP
terima kasih
staf pengurusan
kerana tetap setia di sini
melayani kerenah kami
selama kami berada Pinggiran Pelangi
Maafkanlah aku wahai teman
aku
terpaksa pergi dulu
demi mencari pelita hidup
Wahai teman
inilah takdir kita
terimalah
sampai di sini sahaja pertemuan kita
perkenalan selama dua bulan
kita telah hidup bersama
baris bersama
cangkung bersama
PT 10 bersama
solat bersama
makan bersama
tidur bersama
guling bersama
semuanya telah kita lalui besama
Selamat tinggal
selamat tinggal warga Pinggiran Pelangi
moga kita bertemu lagi
di suatu masa nanti
selamat tinggal.
karya bersama
Muhammad Shaiful Bahri dan
Siti Sabariah
-22 MEI 2013-